Featured

Sekitar Aktiviti Persatuan Kebajikan Bina Budi Malaysia (BUDI)

Kursus Pemantapan Kerohanian/ IBADAH SULUK KE-76

Assalamualaikum wbt para pengunjung laman sesawang BUDI,

Pertamanya, bersyukur ke hadrat Ilahi, alhamdulillah pihak BUDI telah berjaya menyempurnakan pelbagai program dan aktiviti di tahun 2024.

Sehubungan itu, pihak BUDI meneruskan pembangunan insan berteraskan kesufian pada tahun 2024 iaitu Kursus Pemantapan Kerohanian atau lebih dikenali Ibadah Suluk. Ibadah Suluk Ke-76 ini akan dijalankan di Institut Latihan Ilmu Tarekat (ILIT) Manarah yang terletak di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Kemudahan yang dipertingkatkan dari semasa ke semasa menjadikan ILIT Manarah selesa dan bersesuaian dengan tema kesufian. Sejak dibina dan dijadikan lokasi bersuluk dianggarkan sejumlah ribuan peserta telah menjalani Ibadah Suluk di sini.

Insyallah bersempena Ihya’ Ramadhan 1445H, yang dikasihi Tuan Guru Syaikh Dr Hj Jahid bin Haji Sidek al-Khalidi, Mursyid dan Yang DiPertua BUDI akan menganjurkan 10 hari Ibadah Suluk Ke-76 dan akan bermula 25 Mac hingga 4 April 2024 / 15 – 25 Ramadhan 1445H.

Kepada mereka yang ingin bersuluk atau peminat sufi atau pengamal tarekat, khususnya tarekat Naqsyabandiyah Khalidiyah, dijemput menyertai Ibadah Suluk Ke-76 dengan mengisi google form https://bit.ly/DAFTARSULUK76.

Semoga usaha anda untuk bertaubat terpimpin, mengenal Allah secara dhawqiyah dan bermujahadah selama 10 hari anda untuk membersihkan sifat mazmumah dan mengisi sifat mahmudah akan dibalas Allah dengan pelbagai kebaikan dunia akhirat.

SEMINAR PEMERKASAAN BIDANG PENGUBATAN ISLAM

Banner Program

JEMPUTAN MENYERTAI SEMINAR PEMERKASAAN BIDANG AMALAN PENGUBATAN ISLAM ANJURAN JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM) DENGAN KERJASAMA PERSATUAN KEBAJIKAN BINA BUDI MALAYSIA (BUDI)

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan mengadakan Seminar Pemerkasaan Bidang Amalan Pengubatan Islam pada ketetapan berikut:

Tarikh/Hari : 26 September 2023/ 10 Rabiulawwal 1445H (Selasa)

Masa : 8.30 pagi hingga 1.00 Petang

Tempat : Auditorium Ibnu Sina, Aras LG, Masjid Putra Putrajaya

Pendaftaran : Percuma

Link Pendaftaran :

https://tinyurl.com/SEMINARPENGUBATAN

Tentatif Program

SEMINAR TAREKAT TASAWWUF PERINGKAT ANTARABANGSA 2021 🇲🇾🇲🇨

TEMA SEMINAR:- 📌
Cabaran Ajaran Khurafat terhadap Tarekat Tasawwuf 📚

Apa itu Ajaran Khurafat❓❓❓

Adakah anda ragu ragu dengan tarekat tasawwuf❔❔❔

Ingin mengetahui tarekat tasawwuf menurut perspektif Ahlu Sunnah Wal Jamaah..✨✨

Ya, jadi disinilah tempatnya untuk menyelesaikan kekeliruan anda✅✅✅

GABUNGAN TAREQAT BERDAFTAR NEGERI SEMBILAN (G-TARIQ)
dengan kerjasama

  1. JAM’IYYAH AHLITH THARIQAH AL- MU’TABARAH AN- NAHDLIYYAH (JATMAN) INDONESIA
  2. JABATAN MUFTI NEGERI SEMBILAN
  3. MASJID SRI SENDAYAN, SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN
  4. AKIDAH & GLOBAL OUTREACH CENTRE (AGENT)
  5. UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)
  6. PERSATUAN KEBAJIKAN BINA BUDI MALAYSIA (BUDI)

✅ Terbuka kepada semua pihak
✅ Penyertaan adalah percuma/gratis

Tarikh penyertaan:
7 April 2021 (Rabu)

Link Pendaftaran:
https://docs.google.com/forms/d/1FRGibLVsWTZUQhvu89FXuTKetwbIyxqc6qNt46R_x08/edit#responses

Sebarang pertanyaan sila hubungi:
A’isyah: http://www.wasap.my/601133160357/Hi!Assalamualaikum
Ashikin: http://www.wassap.my/60195620821/Hi!Assalamualaikum
Izzah:
http://www.wasap.my/60192382677/Hi!Assalamualaikum
Ilham:
http://www.wassap.my/60182902766/Hi!Assalamualaikum

AYUH JANGAN LEPASKAN PELUANG KEEMASAN INI ‼️‼️

———————————————————

‼️ AYUH SERTAI KAMI ‼️
‼️ SAVE THE DATE ‼️

Ikuti perkembangan kami di media sosial:

Facebook G-TARIQ:
https://www.facebook.com/gtariq2u/

DAURAH sempena IBADAH KORBAN

DAURAH

Kepada yang berminat sila isi google form di alamat

https://forms.gle/DKLmvJYKdWs76Rt5A

Program Daurah sempena Ibadah Korban 1440H

Bertarikh 11 & 12 Ogos 2019 ini dirancangkan dan dianjurkan oleh Persatuan Kebajikan Bina Budi Malaysia (BUDI) dengan kerjasama Pusat Perlindungan Astana Budi dan Pusat Rawatan Islam Manarah di Institut Latihan Ilmu Tarekat Tasawuf Manarah (ILIT Manarah), Kg Parit Seberang 72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan Darul Khusus.

Pendaftaran PERCUMA – Penginapan dan Jamuan Makan disediakan.

Keperluan Peserta :
Membawa kelengkapan untuk daurah menginap dan gotong royong seperti pakaian, tilam@toto, bantal, selimut dan peralatan mandi. Peserta yang berminat menyertai gotong royong menguruskan ibadah korban digalakkan membawa peralatan seperti pisau dan lain-lain.

TENTATIF PROGRAM

HARI PERTAMA

Tarikh/Hari : 11 Ogos 2019 (Ahad) l Masa : 4.00 petang – 11.00 malam

4.00 – 4.30 petang Pendaftaran Peserta
4.30 – 5.00 petang Solat Asar Berjemaah
5.00 – 6.30 petang DAURAH 1
Tajuk : FALSAFAH IBADAH KORBAN & HAJI MENURUT ULAMA’ TASAWUF
Disampaikan oleh : YBhg Ustaz Dr Hj Ahmad Najaa Mokthar,
Ahli Panel Pakar Tasawuf JAKIM @ Pensyarah Kanan USIM
6.30 – 7.00 petang Rehat – Makan Malam
7.00 – 8.00 malam Solat Jamak Taqdim Berjemaah
8.00 – 9.30 petang DAURAH 2
Tajuk : IBADAH KORBAN & HAJI – NATIJAH KETAQWAAN
Disampaikan oleh : YBhg Tuan Guru Dr Hj Jahid bin Hj Sidek al-Khalidi
Ahli Panel Pakar Tasawuf JAKIM @ Ahli Jilsah Turuq Sufiyah N9
9.30 – 10.30 malam Majlis Zikir Tawajjuh pimpinan YBhg Tuan Guru Dr Hj Jahid bin Hj Sidek al-Khalidi
10.30 – 11.00 malam Minum Malam dan Berehat

HARI KE 2

Tarikh/Hari : 12 Ogos 2019 (Isnin) l Masa : 5.30 pagi – 2.00 petang

5.30 – 6.00 pagi Persediaan Solat Subuh Berjemaah
6.00 – 6.30 pagi Solat Subuh Berjemaah
6.30 – 7.30 pagi Majlis Zikir Tawajjuh pimpinan YBhg Tuan Guru Dr Hj Jahid bin Hj Sidek al-Khalidi
7.30 – 8.00 pagi Sarapan Pagi
8.00 – 12.00 petang Pengurusan menyembelih dan melapah 14 Ekor Lembu Korban
12.00 – 12.30 tgh Makan Tengahari (Daging Korban)
12.30 – 1.00 petang Berehat & Persediaan Solat Zohor Berjemaah
1.00 – 2.00 petang Solat Zohor Berjemaah
2.00 petang Bersurai
Segala kemusykilan sila whatsapp

Ust Hj Mohd Abadi bin Amir,

Pengerusi Biro Dakwah BUDI

019-4518873